Aktiviti Matematik-Mana Mudah? Campur atau Darab?
Topik : Pendaraban
Apa yang diperlukan: Satu
kotak objek seperti kayu aiskrim
Apa yang perlu dilakukan:
Sebagai
aktiviti tambahan untuk mengajar pendaraban, cubalah contoh pendaraban faktor
10 ini.
Sediakan
satu kotak kayu aiskrim (atau sebarang objek yang murah dan mudah didapati).
Letakkan kesemua kayu aiskrim di atas tikar dan minta pelajar kira jumlah kayu
aiskrim. Selepas mereka habis mengira semuanya, minta pelajar susun atau
kumpulkan dalam jumlah 10 kayu aiskrim dalam satu kumpulan and minta pelajar
nyatakan jawapannya.
Melalui
cara ini, pelajar dapat melihat dan mencuba dengan sendiri mengira tanpa
pendaraban. Mereka juga dapat melihat dengan sendiri bahawa mengira menggunakan
pendaraban adalah cara cepat untuk mengira jumlah besar barang dan seterusnya
memanfaatkannya penggunaan pengetahuan ini.
Bincang
dengan pelajar bagaimana cara lain untuk kita menggunakan pendaraban dalam
pengiraan jumlah kayu aiskrim. Mungkin seseorang akan menyarankan kita membuat
satu ikat berjumlah seratus batang aiskrim? Ataupun beberapa ikat berjumlah 5
batang kayu aiskrim setiap ikat?.
Nota
: Minta pelajar untuk kumpulkan kayu aiskrim dan letakkan dalam kotak yang
disediakan di dalam kelas. Ada pelbagai aktiiti berguna yang menggunakana kayu
ini.
No comments:
Post a Comment