Aktiviti Matematik-Cabaran Turutan Nombor
Topik : Nombor
bulat - Turutan nombor / Whole numbers – Order of numbers (Year 6)
Apa
yang diperlukan: Beberapa
set Kad nombor dari 10 hingga 30
Apa yang perlu dibuat:
1.Jemput
ke hadapan beberapa orang pelajar untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.
2.
Setiap pelajar diberikan satu set nombor) yang dipilih secara rawak. Contohnya
pelajar A mendapat 10 kad : 10, 12, 14, 15, 18, 20, 21, 26, 29, 30. Pelajar B
pula mendapat 10, 11, 13, 15, 19, 20, 21, 26, 28, 29 dan seterusnya. Pastikan
mereka tidak melihat nombor yang diberikan.
3.
Apabila mereka sudah bersedia, berikan masa 10 saat untuk mereka menyusun dalam
turutan yang betul (menaik atau menurun).
4.
Markah diberikan dan cabutan akan diulang sehingga pemenang ditentukan.
Nota :
Pemarkahan
adalah terpulang kepada budi bicara. Setiap 2 turutan betul
diberi 2 markah. Contohnya; turutan 10, 12, 18, 15… akan diberikan 2 markah
sahaja
No comments:
Post a Comment