NOTA

Operasi  Aritmetik

Penambahan (+)       
Operasi ini mencampurkan dua nombor (atau lebih) kepada satu nombor baru iaitu jumlah.





Penolakan (-)
Penolakan merupakan operasi songsang penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nomobr positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifir.


                                     
          
Pendaraban (x)

Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.


                        
                         
                        
Pembahagian (÷)
Pembahagian pula merupakan songsang operasi pendaraban. Pembahagian satu nombor oleh satu nombor yang lain menghasiklan hasil darab. Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tak tertakrif.






Rahsia Nombor 9
Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam        
hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian
nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada
kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang 
terdapat pada nombor 9. Uniknya nombor 9 ini kerana ia  merupakan nombor terakhir sebelum10  maka akan mencetus beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban   kepada nombor 9.

1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..

2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198

contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297

contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396

Mudah bukan?

3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998

Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997

Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996
Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK!




Nama 7 Hari dalam Seminggu

 




 Nama 12 Bulan
 

 
YeahLeave A Comment

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nota yang lengkap dan padat. Contoh-contoh dalam nota rahsiah nombor 9 itu dapat memberi penerangan yang jelas dan sangat menarik.

    ReplyDelete

CALCULATOR

Recent Posts

My Blog List

Let's Play Piano