Thursday 13 December 2012

Aktiviti Matematik-Lontar, menang dan makan!


Pengenalan
Di dalam aktiviti berbentuk cabaran dan permainan ini, pelajar berpeluang untuk melatih tubi kemahiran operasi tambah dan juga mendapat ganjaran secara langsung!
Topik : Nombor bulat - Operasi Tambah
Apakah yang diperlukan: Kotak, gula-gula aneka perasa dan kertas berwarna
Apakah yang perlu dilakukan:
1. Gunakan kertas berwarna untuk membungkus gula-gula.
2. Tulis angka-angka secara rawak pada setiap satu bungkusan kecil gula-gula itu.
3. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai sekurang-kurangnya 5 orang.
4. Setiap murid dikehendaki melontar 5 biji bungkusan kecil itu ke dalam kotak.
5. Markah setiap murid dikira berdasarkan hasil tambah nombor yang terdapat pada gula-gula yang berjaya dimasukkan ke dalam kotak.
6. Markah kumpulan dikira berdasarkan hasil tambah daripada markah setiap ahli kumpulan.
7. Kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
Tip:
1. Guru boleh sesuaikan aktiviti ini mengikut tahap murid dan juga apa yang hendak dilatih pada sesi hari itu. Contohnya. Jika guru mahu melatih kebolehan operasi tambah dari 1 hingga 10, angka-angka yang ditulis pada bungkusan gula-gula juga seharusnya mempunyai nilai yang agak kecil. 
2. Guru boleh menggunakan ganjaran-ganjaran selain daripada gula-gula seperti bungkusan makanan kecil ataupun coklat untuk memeriahkan permainan ini. YeahLeave A Comment

1 comment:

CALCULATOR

Recent Posts

My Blog List

Let's Play Piano