Sunday 25 November 2012

Cara Ingat Formula Matematik

YeahLeave A Comment

Amazing Mathematics-Multiplication

YeahLeave A Comment

Rahsia Ilmu Matematik


   Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat
   eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka
   nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan?
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 +
2 = 98
123 x 8 +
3 = 987
1234 x 8 +
4 = 9876
12345 x 8 +
5 = 98765
123456 x 8 +
6 = 987654
1234567 x 8 +
7 = 9876543
12345678 x 8 +
8 = 98765432
123456789 x 8 +
9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x
9 + 3 = 111
123 x
9 + 4 = 1111
1234 x
9 + 5 = 11111
12345 x
9 + 6 = 111111
123456 x
9 + 7 = 1111111
1234567 x
9 + 8 = 11111111
12345678 x
9 + 9 = 111111111
123456789 x
9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x
9 + 6 = 888
987 x
9 + 5 = 8888
9876 x
9 + 4 = 88888
98765 x
9 + 3 = 888888
987654 x
9 + 2 = 8888888
9876543 x
9 + 1 = 88888888
98765432 x
9 + 0 = 888888888
Hebat bukan??
YeahLeave A Comment

Pembudayaan ICT

click Pembudayaan ICT di SJK( C ) Tsung Wah for slide show view YeahLeave A Comment

Tuesday 20 November 2012

Aktiviti Matematik-Cabaran Turutan Nombor



Topik : Nombor bulat - Turutan nombor / Whole numbers – Order of numbers (Year 6)
Apa yang diperlukan: Beberapa set Kad nombor dari 10 hingga 30 
Apa yang perlu dibuat:
1.Jemput ke hadapan beberapa orang pelajar untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.
2. Setiap pelajar diberikan satu set nombor) yang dipilih secara rawak. Contohnya pelajar A mendapat 10 kad : 10, 12, 14, 15, 18, 20, 21, 26, 29, 30. Pelajar B pula mendapat 10, 11, 13, 15, 19, 20, 21, 26, 28, 29 dan seterusnya. Pastikan mereka tidak melihat nombor yang diberikan.
3. Apabila mereka sudah bersedia, berikan masa 10 saat untuk mereka menyusun dalam turutan yang betul (menaik atau menurun).
4. Markah diberikan dan cabutan akan diulang sehingga pemenang ditentukan.
Nota :
Pemarkahan adalah terpulang kepada budi bicara. Setiap 2 turutan betul diberi 2 markah. Contohnya; turutan 10, 12, 18, 15… akan diberikan 2 markah sahaja YeahLeave A Comment

Aktiviti Matematik-Mana Mudah? Campur atau Darab?



Topik : Pendaraban
Apa yang diperlukan: Satu kotak objek seperti kayu aiskrim
Apa yang perlu dilakukan:
Sebagai aktiviti tambahan untuk mengajar pendaraban, cubalah contoh pendaraban faktor 10 ini.
Sediakan satu kotak kayu aiskrim (atau sebarang objek yang murah dan mudah didapati). Letakkan kesemua kayu aiskrim di atas tikar dan minta pelajar kira jumlah kayu aiskrim. Selepas mereka habis mengira semuanya, minta pelajar susun atau kumpulkan dalam jumlah 10 kayu aiskrim dalam satu kumpulan and minta pelajar nyatakan jawapannya.
Melalui cara ini, pelajar dapat melihat dan mencuba dengan sendiri mengira tanpa pendaraban. Mereka juga dapat melihat dengan sendiri bahawa mengira menggunakan pendaraban adalah cara cepat untuk mengira jumlah besar barang dan seterusnya memanfaatkannya penggunaan pengetahuan ini.
Bincang dengan pelajar bagaimana cara lain untuk kita menggunakan pendaraban dalam pengiraan jumlah kayu aiskrim. Mungkin seseorang akan menyarankan kita membuat satu ikat berjumlah seratus batang aiskrim? Ataupun beberapa ikat berjumlah 5 batang kayu aiskrim setiap ikat?.
Nota : Minta pelajar untuk kumpulkan kayu aiskrim dan letakkan dalam kotak yang disediakan di dalam kelas. Ada pelbagai aktiiti berguna yang menggunakana kayu ini. YeahLeave A Comment

Monday 19 November 2012

Aktiviti Matematik-Kotak Dalam Kotak



Topik : Isipadu
Apa yang diperlukan : Seberapa banyak kotak kosong pelbagai saiz
Apa yang perlu dibuat:
1.Panggil beberapa murid yang mengambil bahagian ke hadapan.
2. Apabila sudah bersedia untuk mula, mereka diminta untuk isikan seberapa banyak kotak kecil ke dalam kotak yang lebih besar.
3. Tetapkan masa untuk cabaran ini (contohnya 15 saat)
4. Pemenang cabaran ialah pelajar yang berjaya menggunakan kotak yang terbanyak.
Aktiviti lanjutan :
Minta pelajar kira isipadu kotak tersebut. Jumlah ini juga boleh dijadikan sebagai kriteria kemenangan.
Nota :
Jika jumlah kotak menjadi pengukur kemenangan, pelajar yang menang akan menggunakan kotak kecil dahulu dan mengisikannya ke dalam kotak yang saiznya lebih besar sedikit sahaja dari yang sebelumnya. Dengan ini, dia mampu menggunakan seberapa banyak kotak yang sedia ada! YeahLeave A Comment

CALCULATOR

Recent Posts

My Blog List

Let's Play Piano